Want your
own Fotopage?








 
Siti Nurhaliza - Koleksi Peribadi Zuely

By: Peminat Siti Nurhaliza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 14-Jun-2009 15:44 Email | Share | | Bookmark
Siti semasa hari kematian ayahanda tercinta

 


Sunday, 15-Feb-2009 12:08 Email | Share | | Bookmark
CT@Sehati Sejiwa menafikan gosip kawin dengan RCW

 
 
 
View all 4 photos...



Sehati Sejiwa rungkai semula gosip Datuk K-Rozita Che Wan
By admin • February 13, 2009 • No Comments

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR:“Alhamdulillah, hubungan saya dan suami dalam keadaan baik baik selepasmenepis gosip-gosip yang melanda rumahtangga kami termasuk gosip denganRozita. Kita tunggu sahaja, mungkin gosip ini akan senyap juga apabilaRozita berkahwin nanti,” ulas Siti sejurus selepas ditemubual dalamprogram Sehati Sejiwa yang disiarkan secara langsung oleh RTM1.

Hari ini, program terbitan Haliza Mat Kharsa kembali merungkai gosipmengenai suami penyanyi terkenal, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa atauDatuk K memberikan kereta mewah kepada pelakon jelita Rozita Che Wan.

Program yang dihoskan oleh pelakon Scha Yahya ini menjemput pasanganDatuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk K untuk bercerita mengenai kisahhidup rumahtangga mereka seperti yang disiarkan pada pukul 3 petangtadi.

Dalam bertanyakan soalan rumahtangga, Scha turut menyelitkan soalangosip itu yang melanda hubungan pasangan itu termasuk membuat panggilantelefon secara menerus kepada Rozita untuk menjawab soalan cepu emasitu.

Sama seperti yang dijawab sebelum ini, Datuk K mahupun Rozita menidakkan telahan tersebut.

¡°Cerita itu tidak benar kerana sumbernya berpunca daripada internet.

¡°Saya pun tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul kerana sayasendiri tidak tahu bagaimana saya menghadiahkan kereta kepadanya,¡±komen Datuk K dalam nada yang tenang.

Selepas itu, Rozita dihubungi bagi menguatkan jawapan Datuk K yang gosip itu tidak benar.

Lantas, dalam masa beberapa saat, Rozita membalas panggilan lalu menyapa Siti dengan mesra sebelum menjawab gosip tersebut.

¡°Terima kasih kepada Sehati Sejiwa kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjawab gosip ini.

¡°Kereta yang saya belikan itu merupakan hasil titik peluh saya yangtelah dibeli sejak Mac 2007 dengan menggunakan wang sendiri dan bukanditaja seperti yang dihebohkan.

¡°Saya tak pernah berjumpa dan mengenali Datuk K secara peribadi,¡± jelas Rozita.

Sesudah penjelasan tentang Datuk K membeli kereta untuk Rozitadiberikan, soalan berbaur gosip yang mengatakan Datuk K pernahmengasari Siti turut dituju kepada pasangan ini.

Siti yang diminta menjawab soalan itu berkata dia menganggap gosipyang tersebar itu bagaikan melengkapkan satu demi satu siri drama.

¡°Kalau cerita seperti ini memang cepat tersebar. Lepas ini saya tak tahu apa lagi cerita yang akan keluar.

¡°Kira seperti kisah rumahtangga saya ini ibarat sebuah dramabersiri. Saya tak tahu apa lagi drama yang akan berlaku selepas ini.

¡°Sebagai orang Islam, saya rasa mereka mesti tahu hukum kalau kita bergosip,¡± jawab Siti.

Selain itu, Scha turut menyentuh tentang gosip Datuk K telah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang pramugari.

Sama seperti jawapannya sebelum ini, Datuk K menganggap isu kahwinpramugari itu adalah tidak berasas dan merupakan suatu pembohongan yangdicetuskan oleh rakan-rakannya dan kenalan VIP.

Antara persoalan lain yang dibualkan adalah berkaitan kehidupanberumahtangga, keistimewaan pasangan masing-masing, dan aktiviti masalapang termasuk pengisian klip video Siti dan Datuk K.

Begitu juga sesekali diselitkan dengan foto-foto zaman bujang danperkahwinan pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga selama dua tahunini.

Menariknya, sesi temubual yang berlangsung selama satu jam ini turutdiselang-selikan dengan panggilan daripada penonton yang bertanyakanpelbagai soalan dan tidak kurang juga seorang pemanggil yang mendoakankebahagiaan pasangan ini.



Sunday, 11-Jan-2009 07:17 Email | Share | | Bookmark
CT@Selamat Hari Jadi ke 30 110109

 
Angka 30 bagi Siti Nurhaliza

Oleh NIEZAM ABDULLAH
Foto FATAH SULAIMAN
Lokasi PNB Darby Park, Kuala Lumpur
(Tel: 03-74903333) – Terima kasih Encik Rizahuddin

--------------------------------------------------------------------------------

Hari ini genaplah 30 tahun usia penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Semasa saya berborak dengan penyanyi yang lebih suka membahasakan dirinya Siti ini, dia pun macam tak sedar usianya sudah mencecah angka 30.

Bila teringat semula peristiwa dulu-dulu masa Siti baru-baru nak jadi artis, nak tergelak juga dibuatnya. Yalah, siapa sangka budak berhingus dari kampung boleh jadi popular seperti hari ini.

Inilah tuah namanya. Tuah yang dianugerahkan terhadap Siti Nurhaliza ini tidak siapa yang tahu.

Hasilnya hari ini kita lihat bagaimana Siti Nurhaliza itu menjadi ikon yang disegani oleh bintang-bintang baru lain.

Tapi bukan senang membawa title artis popular itu. Dalam erti kata lain bukan mudah menjadi orang bernama Siti Nurhaliza kerana banyak ranjau dan duri yang terpaksa dilalui.

Tetapi Siti berjaya membuktikannya. Selepas melalui pelbagai tohmahan dan cercaan, Siti akhirnya berjaya meniti di satu jambatan yang telah mengangkat namanya pada hari ini. Dan kepada artis-artis baru, contohilah Siti Nurhaliza kalau ingin berjaya.

Kerana apa? Siti mencipta nama bukan dengan cara yang mudah. Dia terpaksa merangkak-rangkak untuk bergelar bintang. Dek kerana itulah beliau boleh mengekalkan popularitinya itu.

- Azam pada usia 30 tahun

Melawati usia 30 tahun Siti Nurhaliza sebenarnya tidak sabar- sabar menanti detik itu. Semalam, majlis penuh gemerlapan secara tertutup meraikan tarikh keramat tersebut diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Ternyata Siti mampu tersenyum gembira kerana dia bahagia hidup bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K. Ketika membilang saat untuk mencecah ke angka tersebut, dia bagaikan tidak sabar menantikan waktu itu kerana menganggap usia tersebut boleh mematangkan lagi pemikiran seseorang.

Dan hari ini Siti melalui sendiri perbezaan itu apabila dia merasakan dirinya lebih matang selain menjadikannya seorang yang lebih berani selepas melalui macam-macam ranjau dan duri kehidupan bergelar artis.

“Apabila kita menjadi matang, orang di luar sana akan lebih menghormati kita. Sekarang Siti dah mula merasai pengalaman itu,” kata Siti yang menyifatkan kematangan hidupnya baru bermula.

- Anak? Sabar...!

Memasuki tahun ketiga usia perkahwinannya, tentu saja yang sering menjadi pertanyaan orang mengenai penyeri kepada kehidupan rumah tangga Siti.

Penyeri? Apa lagi kalau bukan anak- anak. Akui Siti, dia tidak terlalu memikirkan perkara itu. Bukannya apa, Siti tak mahu fikirannya tertekan gara-gara terlalu mengharapkan adanya seorang cahayamata sebagai pelengkap kehidupan berumahtangga.

Tetapi sebagai wanita yang sudah berkahwin, bohonglah kalau dia tidak memikirkan hal sedemikian.

“Memang nak anak. Tapi dah tak ada lagi nak buat macam mana. Sabar sajalah dulu. Ada rezeki tu adalah,” ujarnya.

Malah jelas Siti dia sendiri sememangnya sedang menunggu berita gembira itu. Malah kalau boleh setiap hari Siti mahu tahu sama ada dia berbadan dua ataupun tidak. Walaubagaimanapun tidak bermakna dengan ketiadaan anak hidupnya sunyi.

Bukannya apa, kebanyakan masa terluang Siti turut dihabiskan bersama anak tirinya serta anak-anak saudaranya.

“Siti rapat dengan anak-anak (tiri) Siti. Kalau hujung minggu kami selalu keluar tengok wayang. Soal sunyi tu memang tak timbul langsung,” jelasnya.

Mengakui suasana dulu dan sekarang banyak bezanya kerana merasakan kehidupan sekarang adalah lebih terurus. Malah tanggungjawab terhadap keluarga juga melebihi segala-galanya berbeza ketika kehidupannya pada zaman bujang.

- Kasih takkan pudar

Beberapa hari lalu heboh kisah kehancuran rumah tangga Siti dengan Datuk K apabila mereka dikatakan sudah berpisah. Khabar angin itu menimbulkan suasana yang kurang enak bagi pasangan ini.

Yalah... ketika mereka bahagia, datang pula dugaan untuk melihat kehidupan rumahtangga tersebut runtuh. Datuk K sendiri merasakan dia agak tertekan dengan berita-berita palsu itu dan berhasrat menyaman mereka yang telah menyebarkan fitnah tersebut.

Bagi Siti pula, walau sehebat mana badai yang datang, lebih mustahak dia sendiri lebih mengetahui kehidupan rumah tangganya. Yang lebih penting Siti bahagia bersama suami tersayang.

Dia juga sudah lali dengan kisah-kisah yang bertujuan untuk merobohkan mahligai bahagianya bersama Datuk K.

Lebih dari itu kata Siti dia gembira kerana Datuk K amat mengambil berat terhadap keluarga dan tidak pernah mengenepikan peranan sebagai seorang suami.

Dan sebagai seorang isteri pula yang penting dia menjalankan tanggungjawab memastikan rumah tangganya dapat diuruskan dengan sempurna.

“Kami bahagia. Kehidupan Siti dan suami tidak pernah terhalang dengan perkara-perkara yang memungkinkan kami berpisah,” katanya.

- Mampu hadapi gosip

Tidak menafikan kadang-kala naik rimas dengan macam-macam gosip yang dilemparkan. Siti mengakui dia dapat menangani perkara itu dengan sebaik mungkin.

Bukannya apa, selama bergelar artis, Siti sudah puas menghadapi cabaran seperti itu. Dan yang lebih penting perkara itu tidak menggugat langsung kedudukannya dalam bidang seni dan rumah tangganya walaupun kadang-kala wujud perasaan geram dan marah.

“Sudah lama Siti menjadi artis. Dalam tempoh itu macam-macam dugaan yang Siti lalui. Syukurlah pengalaman lalu benar-benar memberi kekuatan pada Siti menempuh cabaran hari ini,” jelasnya.

- Dengarlah Lentera Timur

Empat tahun mendiamkan diri daripada menghasilkan sebarang album tradisional, hari ini Siti muncul untuk menghilangkan kerinduan peminat yang selama ini menantikan album tersebut.

Bukan bermakna sudah pudar minat terhadap lagu-lagu sebegitu tetapi kesibukan membataskan beliau untuk menghasilkan album berkenaan.

Bagaimanapun demi peminat, Siti menunaikan hasratnya apabila terhasilnya Lentera Timur yang turut menampilkan 11 buah lagu.

Amat bermakna sekali apabila sembilan buah lagu di dalam album itu dihasilkan menerusi Bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia bersama Siti Nurhaliza yang diadakan tidak lama dulu.

Kesemua lagu itu dihasilkan dalam tempoh tiga hari oleh beberapa komposer dan beberapa penulis lirik ternama seperti Johari Teh, Johan Nawawi, Khairil Johari Johar, S. Atan, Katon Bagaskara, Fauzi Marzuki dan Pak Ngah.

Tidak mengambil peluang untuk menghasilkan sendiri lirik dalam dalam ini, Siti yakin kehadiran Lentera Timur akan mengembalikan kegemilangan lagu-lagu tradisional yang selama ini bagaikan terpadam buat seketika.

Memaparkan kulit album yang hanya menampakkan matanya sahaja ia adalah satu kelainan kerana sebelum ini Siti sering memaparkan keseluruhan wajah atau badannya.

“Apa salahnya sesekali Siti memilih untuk tidak menampakkan keseluruhan muka. Yalah, nak cari kelainan berbanding sebelum ini,” katanya.

Lebih istimewa sekali dua lagu di dalam album tersebut iaitu Di Kayangan Kita ciptaan Johari Teh dan Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar) adalah lagu kegemaran suaminya.

Diedarkan oleh Suria Records, album ini mula dipasarkan sejak 26 Disember lalu dan dijual dengan harga RM29.90.



Wednesday, 17-Dec-2008 05:38 Email | Share | | Bookmark
CT@Anugerah Industri Muzik 2008









Saturday, 13-Dec-2008 13:24 Email | Share | | Bookmark
CT@Starhill Gallery-A Journey Thru Time






[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net