Want your
own Fotopage?












 
Siti Nurhaliza - Koleksi Peribadi Zuely

By: Peminat Siti Nurhaliza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 17-Feb-2007 11:22 Email | Share | | Bookmark
Siti @ Grammy 2007

 
 
 
View all 5 photos...
Terima kasih kepada yang sudi share kan pic CT

cantik...nmpak mulus wajah ct...tp it's too simple for the star like ct. sya ingatkn ct akan mngenakan bju yg kerawang2 mlambangkan ksenian melayu Sun 18-Feb-2007 07:54
Posted by:sakura
tul tu sakura... ct mmg tetap cantik... tapi kalau baju dier menang thn lepas rasanya lebih cantik utk membezakan dier dgn artis2 barat yg ada pd hari tu Tue 20-Feb-2007 05:39
Posted by:Lady Zuely cikzuely@hotmail.com
tq sm pndpt dgn sye...mmg tul tuh bju ct yg menang thn lps lg vogue dr yg ni.tp klu d tnya kpd pereka fesyen mgkin dorg blh mnjawab dgn lbh baik lg.. Tue 20-Feb-2007 06:18
Posted by:sakura
Add comment


Friday, 9-Feb-2007 05:16 Email | Share | | Bookmark
Lambaian Grammy Datuk Siti Nurhaliza

 
 
 
View all 5 photos...


Lambaian Grammy
Oleh Farihad Shalla Mahmud

Penyanyi Siti Nurhaliza akan berjalan di atas permaidani merah bersama artis tersohor dunia

TIDAK pernah terlintas pada fikiran penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza bahawa satu hari nanti impiannya untuk menyaksikan majlis anugerah muzik terbesar dan paling berprestij di pentas antarabangsa, Anugerah Grammy bakal menjadi kenyataan.

Dan siapa sangka kemenangannya meraih anugerah Selebriti Pakaian Terbaik ketika menghadiri majlis khas Breakfast With The Stars anjuran Star Movies tahun lalu memberinya peluang untuk bergesel bahu dengan karyawan muzik Hollywood yang selama ini hanya mampu dilihat menerusi televisyen.

Berkongsi perasaan bersama pihak media petang Rabu lalu, Siti berkata apa yang dia peroleh itu ibarat satu keriangan berganda buatnya.

“Siti memang gembira sangat apabila mendapat tahu Siti akan ke Anugerah Grammy kerana itu memang impian Siti sejak dulu lagi. Dan lebih menggembirakan, Siti bukan sekadar menonton tetapi juga berpeluang berjalan di atas permaidani merah bersama selebriti Hollywood lain. Jadi, persiapan untuk majlis itu kena lebihlah,” ujarnya yang akan menggayakan busana berkonsepkan fusion hasil rekaan Datuk Bernard Chandran.

Mengulas penampilannya pada majlis itu, Siti berkata konsep fusion iaitu gabungan Timur dan Barat dipilih kerana ia bersesuaian dengan imejnya dan juga majlis yang bakal dihadiri itu nanti.

“Sebelum mencapai kata sepakat, Siti, suami dan Bernard ada berbincang konsep yang bagaimana ingin kita tonjolkan. Tetapi Siti lebih memberi kebebasan kepada Bernard kerana dia tahu apa yang terbaik untuk Siti.

“Dari segi warna, Siti memilih gabungan hitam dan putih dan rekaannya agak konservatif iaitu bermotifkan kerawang. Namun ciri-ciri moden tetap ada. Siti juga akan menggayakan aksesori tajaan Chopard,” ujar penyanyi kelahiran Kuala Lipis.

Ditanya siapakah yang bakal menemaninya ke majlis itu, Siti berkata selain krew produksi dari Star World, dia akan diiringi suami, jurusolek kegemarannya, Nurul Shukor serta pengurus produksi dari syarikatnya, SNP Productions, Paul.

“Untuk acara permaidani merah nanti mungkin hanya Siti seorang saja kerana suami Siti tidak bercadang menyertainya,” ujarnya sebagai mengulas pertanyaan apakah suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa akan menemaninya untuk acara permaidani merah.

Paling menarik, kunjungan Siti di sana juga akan disiarkan secara eksklusif dalam program Popparazzi di saluran Channel {V} pada hari Khamis, 22 dan 26 Februari depan.

“Kiranya mereka akan menyiarkan rakaman perjalanan Siti dan ahli rombongan mulai dari Siti sampai di Los Angeles hinggalah Siti pulang. Macam program di sebalik tabir,” jelas Siti yang akan bertolak ke Los Angeles esok dan akan berada di sana empat hari sebelum meneruskan percutian bersama suami di sebuah destinasi yang dirahsiakan.

“Siti akan berada di Los Angeles sampai 14 haribulan sebelum meneruskan percutian. Siti akan kembali semula ke tanah air pada 20 Februari depan.

“Kalau anda tanya apakah Siti akan meraikan Hari Memperingati Kekasih di sana, jawapannya mungkin, tetapi itu tidak termasuk di dalam agenda utama Siti dan suami,” jelasnya yang cukup jelita biarpun bergaya ringkas.

Walaupun di Malaysia dia penyanyi nombor satu, namun Siti tidak malu mengakui dia juga insan biasa yang meminati artis lain.

“Harapan Siti, pada majlis itu nanti Siti akan bertemu dengan penyanyi kesayangan Siti iaitu Celine Dion dan juga Beyonce serta Justin Timberlake.

“Kalau dapat jumpa Siti takkan berkata apa-apa hanya minta autograf dan bergambar bersama. Itu saja,” ujar Siti yang akan membawa bersama albumnya untuk diagih-agihkan di sana.

Rakam album tradisional

KALI terakhir Siti muncul dengan album berkonsepkan tradisional adalah kira-kira lima tahun yang lalu menerusi album Sanggar Mustika. Dan sejak itu, Siti hanya menumpukan perhatiannya terhadap album berkonsepkan pop.

Enggan membiarkan peminatnya terus menanti, penyanyi ini bakal muncul dengan album tradisional yang kini masih dalam peringkat mengumpul material daripada pelbagai komposer terkenal.

“Untuk album ini Siti sudahpun mendapatkan khidmat pelbagai komposer antaranya komposer Indonesia, Katon Bagaskara, Ayub Ibrahim, Pak Ngah dan juga Datuk Ahmad Nawab.

“Siti juga sedang mencari pasangan sesuai untuk berduet menerusi lagu yang dicipta Katon,” kata Siti yang turut melahirkan hasrat untuk menghasilkan sebuah album Inggeris sempena ulang tahun ke-12 kehadirannya dalam industri seni tanah air.

“Untuk permulaan Siti akan menghasilkan single terlebih dulu. Kalau diberi peluang, Siti ingin bekerjasama dengan komposer David Foster,” ujar Siti meluahkan impiannya.

sye prnh nmpk ct pkai suar xketat tp jarang la...ms die bt prsembahan di j.jusco kt taman universiti, johor bahru..sye ddk blkg pentas,ct kbetulan pakai suar kaler putih ngan bju kmeja merah.suar die tuh mmg jarang.nmpak batang kaki die.tp sye rase die bkn sngaja nk pkai suar tuh..sbbnye kaler putih kn mmg sng nmpak bhgn2 dlm. bila chya lampu sportlight mghala kt die mmg nmpak la kaki die.erm...wlu apepn ct prlu pndai jg imej & mmilih pkaian yg sptutnya.tm tuh thn 2005.die lum kawin lg. Sat 24-Feb-2007 04:42
Posted by:hua...hua...
ermmm
poyo ar siti nie
Tue 1-Apr-2008 08:43
Posted by:faz mimi@yahoo.com
hai siti you cute laaa Sat 14-Nov-2009 10:43
Posted by:anaari annaari94@yahoo.com
View all 15 comments Add comment


Sunday, 14-Jan-2007 12:53 Email | Share | | Bookmark
Selamat Ulang Tahun ke 28

 
 
 
View all 12 photos...

kagum dengan kejayaan ct...

Perlu khidmat penembak ??
http://www.smokescreenphotography.com
Fri 9-Feb-2007 22:35
Posted by:smokers
tq for the explanation. i jst wnt cnfm whether is true/wrong.

i get the answr now. everyone make mistake...jst forget it. wrever happen i'm not siti's fan anymore.
Mon 12-Feb-2007 08:19
Posted by:lee
senang jer cerita..jangan agungkan sesiapa selain daripada Allah SWT..manusia ni tak kemana kalau baik orang akan ingat nama kalau tak baik orang akan mengata dan mengeji..

yang penting jangan cakap tak serupa bikin dan pukul canang sana-sini.sebab bila orang dah meluat macam2 kutukan akan keluar.jadi sebelum membuat sesuatu pikirlah baik dan buruknya dahulu.inilah bahananyer bila kisah peribadi dan pujian atas diri sendiri dilebih2kan sehingga menjadi satu isu publisiti untuk mengaut populariti yang entahkan kekal entahkan tidak.orang akan tetap mengata dan terus mengata selagi kepura-puraan dan hipokrasi itu bersarang dalam hati.

moral:jangan cakap tipu nanti orang tak caya dah..
Mon 12-Feb-2007 20:22
Posted by:minahleter
View all 46 comments Add comment


Sunday, 14-Jan-2007 12:51 Email | Share | | Bookmark
Majlis Makan Malam Amal Jusco 2006

 
 
 
View all 12 photos...

apesal korang taruk name siti nurhaliza bogel ni....jangan kutuk die plak Thu 15-Feb-2007 17:15
Posted by:rahsieeeeeee
woow. selamat atas sukses acara. siti memang cantik sangat. siti kapan sih akan dapat momongan. gue penasaran nih. moga aja secepatnya ya... amieeeeeeeeeen. Thu 5-Apr-2007 04:31
Posted by:tampan t4mp4n84n4@yahoo.co.id
Korank ne jgnla kutuk ct..Nk gmbr bogel pgila tgok website fasha sanda..huhu Sat 6-Sep-2008 14:34
Posted by:Pinky bella_blossomz@yahoo.com
View all 11 comments Add comment


Saturday, 9-Dec-2006 03:20 Email | Share | | Bookmark
Siti @ Majlis Pelancaran Koleksi De'Elegence Tiara

 
 
 
View all 12 photos...
TQ untuk abang Jinggo yang masih sudi shoot pic CT yang cantik-cantik


cantik mutiara tu.... Mon 5-Feb-2007 03:56
Posted by:ain27kl ain26kl@yahoo.com
Need Photographer?
http://www.icatcher.com.my
Capture Your Inspirations
Mon 5-Feb-2007 13:27
Posted by:icatcher  - [Link]
ct always in my heart...

Perlu khidmat penembak ??
http://www.smokescreenphotography.com
Fri 9-Feb-2007 22:41
Posted by:smokers
View all 27 comments Add comment


Thursday, 23-Nov-2006 08:47 Email | Share | | Bookmark
Siti mahu wanita ambil risiko

 
 


KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor wanita Datuk Siti Nurahaliza Taruddin hari ini menguar-uarkan kaum wanita agar berani untuk menceburi bidang perniagaan.
"Sepanjang 11 tahun bergelar sebagai artis, macam-macam orang yang saya jumpa dalam industri ini. Sebagai seorang artis, Siti harus berfikir jauh. Semasa kita berduit, kita haruslah merancang serta memikirkan cara-cara untuk memperkembangkan keupayaan diri sendiri," ujar ketika sesi wawancara sempena Measyuarat Agung UMNO betempat di Dewan Tun Razak, PWTC kira-kira 45 minit.
Diva yang berumur 27 tahun ini sudahpun memiliki beberapa jenis perniagaan termasuk Siti Production, Siti Collections dan yang terbaru Siti Sound.
"Sebagai contoh, Transkripsi diterbitkan oleh Siti sendiri. Siti merasakan sudah tiba masanya Siti menentukan arah destinasi kerjaya Siti," tambah Siti lagi yang turut mencipta nama sebagai penulis serta komposer lagu-lagu seperti Percayalah dan Cahaya Cinta.
"Ramai yang berfikiran bahawa ianya sukar untuk artis Malaysia menembusi pasaran antarabangsa seperti Indonesia mahupun Eropah tetapi kita memberanikan diri untuk mencuba. Bagi Siti, Siti memilih untuk menyanyi lagu tradisional serta mempromosikan budaya Malaysia daripada menyanyi lagu yang mereka lebih hebat daripada Siti," ujar Siti mengenai kejayaannya menembusi pasaran Indonesia serta mengelolakan konsert di Royal Albert Hall, London.
"Sesungguhnya dalam apa jua yang kita lakukan, sudah semestinya ada prinsip untung dan rugi. Sebagai kaum wanita, kita haruslah berani mengambil risiko yang ada," tegas Siti lagi yang turut berharap agar kaum hawa mengambil kesempatan bantuan serta kemudahan pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk memulakan perniagaan sendiri.
Ketika sesi wawancara yang dikendalikan oleh pembaca berita rangkaian televisyen TV3, Ally Iskandar dan Azizah Ariffin, para pengunjung Expo RMK9 turut diberi kesempatan untuk mengemukakan soalan kepada anak jati negeri Pahang itu.
Mohd Fadzly dari Universiti Institut Teknologi MARA bertanya bagaimana Siti menangani kritikan serta pujian
"Tidak semestinya setiap kritikan yangdiberi adalah buruk. Kita harus pandai membezakan yang membina serta yang dapat membinasakan diri. Bagi Siti, jika kritikan itu membina, Siti akan menerimanya serta mengatasi kelemahan yang ada," jawabnya.
Manakala Siti turut mengambil kata-kata pujian sebagai penyuntik semangat untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.
Siti pentingkan keluarga
Namun bagi Siti, kerjaya serta keluarga haruslah diimbangi dengan sebijak-bijaknya.
"Siti baru sahaja menjadi isteri dan kini Siti mempunyai keluarga sendiri. Jadi, Siti harus pandai membahagi masa dan ada kalanya Siti rasakan tak cukup 'tanah' untuk Siti. Tetapi Siti tetap berusaha," katanya ketika ditanya salah seorang pengunjung mengenai kehidupan barunya sebagai seorang isteri.
"Jika dahulu Siti dapat meluangkan masa untuk shopping semasa membuat persembahan di luar negara, kini Siti 'budgetkan' masa agar setiap kali persembahan berakhir, Siti akan terus pulang ke rumah," ujarnya lagi mengenai perubahan jadualnya dari waktu bergelar dara ke saat bergelar isteri.
"Siti memang hormat kepada wanita-wanita yang berkerjaya dan pada masa yang sama berkeluarga. Mereka pandai mengagih-agihkan masa mereka dengan adil," ujar Siti.
"Sudah semestinya Siti mahu menjadi seoran isteri yang baik serta ibu mithali kepada anak-anak Siti," katanya lagi.
Ketika ditanya bilakah masa sesuai untuk menimang cahaya mata oleh Puan Zabedah dari Pahang, Siti menjawab," Ini semua ketentuan Allah SWT. Jika ada rezeki, Siti akan menerima dengan hati terbuka, tidak kiralah sekarang atau bila-bila sahaja. Siti tidak boleh menolak rezeki Allah SWT."

TAK DE GAMBAR TERBARU KE????????? Tue 5-Dec-2006 03:56
Posted by:ATI
Ada promotion untuk business card printing!

[b][color=blue][size=12]1 box = 100 pieces

1 box (double sided) = RM 20
1 box (single side) = RM 15

Sudi2lah contact me k...
http://azuraww.fotopages.com
0126800680(azura)
azuraww@yahoo.com
Mon 11-Dec-2006 12:18
Posted by:azura azuraww@yahoo.com
ct kelihatan anggun sekali

Perlu khidmat penembak ??
http://www.smokescreenphotography.com
Fri 9-Feb-2007 22:42
Posted by:smokers
View all 6 comments Add comment


Monday, 13-Nov-2006 02:43 Email | Share | | Bookmark
Siti @ ABPBH 2006

 
 
 
View all 6 photos...

nk tgok gmbr ct nmpk coli. nk tgok kt ner...???
cam pns jek smpai nmpk coli. 'sakit hati' tlg brtau kt ne nk tgok gmbr tuh.

wlu pe pn...ms mlm ABP ari tuh aku gelak2 bsr tgok ct pnye fesyen rambut. 1 kafe kt u aku ddk ni gelakkan die. sbb xsesuai lgsg die bt rambut cam tuh.
Wed 7-Feb-2007 02:29
Posted by:wan
am I the only one who notice the change in siti's nose? dulu kalau tgk muka dia mmng hidung diala yang obvious sgt- kembang dan tebal bulat kat tepi........ skarang kalau tak pakai shading mekap pun, elok je nampak halus kurus je idung dia....hey tell me i'm not dreaming?? Mon 23-Jul-2007 17:06
Posted by:bungaraya
sekali pandang nampak siti dua kali pandang nampak macam syarifah aini Mon 17-Sep-2007 02:46
Posted by:salwa sweet_girls@myspace.com
View all 24 comments Add comment


Sunday, 12-Nov-2006 01:25 Email | Share | | Bookmark
Siti & Peraduan Pantene 2006

 
 
 

mana pic tu aznie??? Fri 1-Dec-2006 08:02
Posted by:Lady Zuely cikzuely@hotmail.com
tunjuklah gambar tu kita nak tengok jugak... Tue 5-Dec-2006 02:29
Posted by:ruzita ieta76@gmail.com
hai saya add pic u la siti boleh ke saya add pic u saya nak jumpan u la saya nak pergi kuala lumpur ok byeeee i love u Sat 13-Jan-2007 03:26
Posted by:sikoon sik_oon@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


Saturday, 11-Nov-2006 16:59 Email | Share | | Bookmark
Siti & Jaya Jusco

 
 
 

altezza_888@hotmail.Com Thu 21-Dec-2006 11:26
Posted by:LuNa altezza_888@hotmail.com
Add comment


Tuesday, 7-Nov-2006 05:55 Email | Share | | Bookmark
Siti @ Penganugerahan Gelaran Datuk

 
 
 
View all 4 photos...


Penghormatan kepada penggiat seni ¨C Siti

PEKAN 28 Okt. ¨C Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang hari ini menganggap ia sebagai satu penghormatan kepada golongan penggiat seni tanah air.

Katanya, darjah kebesaran itu membuktikan kerjaya dalam bidang seni semakin mendapat tempat dan pengiktirafan masyarakat.

Beliau berharap darjah kebesaran yang diterimanya itu bukan sahaja menjadi pencapaian peribadinya tetapi juga dianggap kejayaan buat semua insan seni.

¡®¡®Penerimaan darjah kebesaran ini lebih manis dan menjadi satu sejarah dalam hidup saya kerana saya mendapat pengiktirafan daripada Sultan Pahang sendiri, Sultan Ahmad Shah iaitu pemerintah tertinggi negeri kelahiran saya,¡± katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Siti Nurhaliza yang menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Ahmad Shah yang ke-76 turut memberitahu, beliau akan aktif menyanyi selagi kehadirannya dalam bidang seni diterima peminat.

Tambahnya, penggiat seni hiburan tidak perlu berasa terasing, sebaliknya perlu berusaha keras dalam bidang masing-masing untuk bersama-sama pemimpin dan masyarakat menjayakan agenda pembangunan negara.

Siti Nurhaliza yang kelihatan manja dan berpegangan tangan dengan suaminya, Datuk Khalid Mohd. Jiwa menjadi perhatian para tetamu dan penerima bintang dan pingat pada majlis itu yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini.

Ramai tetamu turut mengambil peluang untuk bergambar dengan beliau termasuk para pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.

Penyanyi berusia 27 tahun itu yang kelihatan begitu anggun dan menawan sentiasa mengukir senyuman sepanjang majlis tersebut berlangsung

sumber: utusan malaysia online

nanti kalau nak pakai ape2 mengenai perkahwinan boleh contek fa melalui email k?
tfaazzahrah@ yahoo.com
-kad kahwin
-fotografher
-set pelamin/pakaian (juru runding)
*harga berpatutan=kepuasan maxsimum
jom tengok http://tfaazzahrah.fotopages.com
Mon 15-Jan-2007 07:02
Posted by:faz tfaazzahrah@yahoo.com  - [Link]
nanti kalau nak pakai ape2 mengenai perkahwinan boleh contek fa melalui email k?
tfaazzahrah@ yahoo.com
-kad kahwin
-fotografher
-set pelamin/pakaian (juru runding)
*harga berpatutan=kepuasan maxsimum
jom tengok http://tfaazzahrah.fotopages.com
Mon 15-Jan-2007 07:02
Posted by:faz tfaazzahrah@yahoo.com  - [Link]
mcmn kes gelaran Datuk yg d beli. mcmn pihak istana sndr boleh bocorkn hal nih. aku mcm plik dgn cite nih. boleh ke gelaran Datuk d beli. klu mcm tuh brp harganya??? tlong jwb...??? Wed 14-Mar-2007 03:07
Posted by:eemm
View all 27 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.