Siti Nurhaliza - Koleksi Peribadi Zuely

By: Peminat Siti Nurhaliza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 20-Feb-2007 06:52 Email | Share | | Bookmark
Siti @ Pantene (ada pic yg pernah jadi kontroversi)

 
 
 
View all 9 photos...




Sunday, 18-Feb-2007 10:26 Email | Share | | Bookmark
Siti @ Macam-macam Aznil Musim ke 3 (Episod 5)

 
 
 
View all 5 photos...





Macam-Macam Aznil pindah ke Astro Prima
12-02-2007 12:13:08 PM
Oleh RADIN SRI GHAZALI

AGAK terkejut juga apabila pengacara nombor satu negara, Aznil Haji Nawawi, mengumumkan bahawa program Macam-Macam Aznil yang telah mempunyai peminat yang ramai bakal diubah rangkaian siarannya daripada saluran Ria ke saluran Prima.
"Macam-Macam Aznil akan diubah dari Astro Ria ke Prima bermula pada musim baru kelak. Ini adalah antara proses rebranding untuk rangkaian Prima," kata pengacara yang sudahpun mempunyai 16 tahun pengalaman di dalam bidang ini.
Rancangan yang sudahpun dianggap antara rancangan berjaya di saluran Ria ini akan dipindahkan ke Prima bagi membantu saluran tersebut mencapai sasaran penonton yang mememuaskan.
"Bagi saya, ini merupakan satu cabaran untuk saya. Saya mahu melihat kekuatan Macam-Macam Aznil menarik rating penonton di Prima.
"InsyaAllah,saya yakin pengikut-pengikutrancangan ini pastinya akan mengikutrancangan ini tidak kisahlah dimana ianya akan disiarkan," ujarpengacara yang berusia 45 tahun ini.

"Lagipun, Macam-Macam Aznil boleh dikatakan sesuai untuk Prima kerana ianya berbentuk kekeluargaan dan Ria pula lebih urban dan keremajaan," ujar pemenang Pengacara Popular ABP 2006 ini lagi.
Musim baru, format baru
Macam-Macam Aznil musim ketiga turut menampilkan format rancangan yang baru untuk disesuaikan dengan konsep ala kekeluargaan.
"Format kini adalah bersantai. Kami tidak akan membicarakan mana-mana topik eksklusif bersama-sama tetamu yang hadir.
"Tetapi kami akan banyak mengadakan permainan di antara artis dan penonton di studio untuk merapatkan silaturrahim di antara mereka,"ujarnya lagi yang mengambil konsep game show di Hong Kong yang menjadi satu kegilaan di sana.

"Keunikan pada musim ini adalah Panah Sakti di mana artis akan memutar panah sakti ini berdasarkan soalan yang diberikan menerusi balang beracun.
"Kebanyakansoalan-soalan ini adalah gurauan semata-mataseperti contoh artismanakah yang meminati artis yang lain dansebagainya," ujarnya lagi.
Malah, permainan-permainan yang diselitkan turut melibatkan artis menjadi "comot" di penghujung rancangan tersebut.
"Kebanyakanmereka tak kisah dengan permainan kami.Semasa rakaman pertama kami,habis kepala botak Eric Leong kami sapudengan krim.
"Mereka semuanya supporting habis dengan Macam-Macam Aznil," ujarnya mengenai sambutan di kalangan artis mengenai konsep tersebut.
Aznil turut rasa gembira bahawa tiada artis yang menolak pelawaan ke rancangan tersebut.
"Jikaada yang tidak dapat hadir pun disebabkan olehpercanggahan jadual. Adasesetengah mereka meminta kami untuk mengatursemula jadual rakamanagar mereka dapat hadir," ujarnya lagi.
.
Padaharidiwawancara itu jua, dua selebriti tersohor Maya Karin dan DatukSitiNurhaliza diundang sebagai tetamu untuk episod lima Macam-Macam Aznil.
Kelihatan kedua-dua mereka begitu supportingdantidak teragak-agak untuk berseronok walaupun wajah jelita merekacomotdengan krim kek di segmen bersama-sama penonton di studio.
"Datuk Siti sendiri yang tertanya-tanya bilakah lagi giliran dia untuk diundang ke rancangan saya.
"Terharu saya dibuatnya," ujar Aznil dengan penampilan eksklusif Datuk Siti Nurhaliza sebelum berlepas ke Amerika syarikat.
Saya bukan punca kesuraman AF4
Aznilturut dikejutkan dengan gosip yang mengatakanbahawa dia bakaldigandingkan dengan pengacara baru untuk memantapkanlagi AkademiFantasi .

"Saya terkilan apabila membaca gosip itu. Tidak sangka ada yang mendakwa bahawa saya merupakan punca kesuraman AF4.
"Bagisaya , saya selalu melakukan yang terbaik apatahlagi untuk AF. Sayasudahpun bersama AF sejak peringkat awal rancangantersebut sehinggakini.
"Jiwa saya boleh dikatakan sebati dengan rancangan tersebut," ujarnya pelakon antagonis Cicak Man itu lagi mengenai paparan gosip tentang gandingannya bersama AC Mizal serta isu pengundurannya menerusi rancangan AF.
Aznilmenegaskan bahawa dia tidak akan meninggalkanrancangan realiti itu danmenyangkal segala dakwaan yang dilemparkanterhadapnya.
"Saya selalu disuruh hadir untuk sesi brainstromingmengenaicara-cara untuk memantapkan lagi AF. Saya akan melakukan apasahajauntuk memastikan AF5 kembali dengan gahnya," ujarnya lagi.





Sunday, 18-Feb-2007 01:34 Email | Share | | Bookmark
Siti @ Hari Raya Aidilfitri di Kedah

 
 
 
View all 9 photos...




Sunday, 18-Feb-2007 01:00 Email | Share | | Bookmark
Siti @ KL Fashion Week 2006

 
 
 
View all 6 photos...




Saturday, 17-Feb-2007 11:27 Email | Share | | Bookmark
Siti @ Anugerah Bintang Popular 2006

 
 
 
View all 4 photos...


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net