|
|
| Tuesday, 29-Aug-2006 13:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Persandingan Gilang Gemilang dari KLCC ~Siti & DK~
|
|
Untuk yang bersama-sama Lady yang meminati Siti... terimalah...wajah-wajah kesayangan kita pada hari persandingannya
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Aug-2006 12:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sesi bertemu peminat di KLCC pada 28 Ogos 2006
|
|
Menurut laporan akhbar...ramai yang kecewa sebab cuma 5 minit aje Siti diberikan peluang utk melambai-lambai pada peminat yang hadir
Peminat kecewa (petikan Harian Metro)
KUALA LUMPUR: Kehadiran Datin Siti Nurhaliza, 27, selama sepuluh minit di balkoni tingkat tiga Pusat Convention Centre Kuala Lumpur (KLCC) menimbulkan perasaan kecewa di kalangan peminat setianya yang sedia menunggu sejak jam 4 petang semalam.
Siti Nurhaliza yang muncul pada jam 5.42 petang itu, menerima tepukan gemuruh kira-kira 1,000 peminat setianya, tetapi sekadar melambai-lambaikan tangan dari atas balkoni berkenaan.
Tidak setakat itu, Siti yang berpakaian gaun lengkap sesuai tema perkahwinannya yang berkonsepkan ‘garden party’ turut melemparkan ciuman beberapa kali kerana tidak mahu menghampakan mereka.
Bagaimanapun kebanyakan peminat Siti Nurhaliza seperti tidak mahu berganjak daripada tempat masing-masing kerana ingin bertemu lebih lama penyanyi terbabit sungguhpun dia sudah beredar beberapa minit kemudian.
Untuk tidak menghampakan peminatnya, Siti sekali lagi muncul dengan wajah sebak sambil dilihat beberapa kali mengesat-ngesat air matanya menggunakan tisu, tetapi terpaksa beredar kerana tidak mempunyai masa mencukupi.
Tinjauan Harian Metro, di pekarangan KLCC mendapati hampir separuh daripada peminat Siti terutama dari Indonesia menunggu sejak jam 4 petang semalam, termasuk kumpulan wartawan dan jurugambar.
Selain itu, Siti turut diawasi kira-kira 100 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rela bagi memastikan keselamatannya.
Selain gagal mendekati Siti, peminatnya turut terkilan kerana tidak dapat menatap wajah suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.
Seorang peminatnya Sri Lestari Hersana, 32, berkata, dia ingin melihat wajah Siti Nurhaliza secara dekat selepas kedua-dua pasangan terbabit diijabkabulkan pada 21 Ogos lalu.
“Saya dan keluarga begitu mengagumi Siti bukan saja bakat yang dimilikinya tetapi sifat semula jadi yang ditampilkan penyanyi terbabit. Antaranya sifat rendah diri, budi bahasa dan hormat orang tua.
“Siapapun pilihannya, kami tetap menerima Siti seadanya dan mendoakan semoga perkahwinan mereka kekal di dunia dan akhirat,” katanya yang berkongsi meminati Siti dengan anak perempuannya, Tiara Kesuma, 7.
Sri yang turut ditemani dua rakannya berkata, pihak pengurusan sepatutnya memberikan lebih masa kepada Siti untuk bersama peminat-peminatnya sepertimana dijanjikan menerusi media massa termasuk laporan akhbar.
Maznan Mohamed, 22, berkata, kehadiran Siti kira-kira jam 5 petang semalam sedikit sebanyak mengubat kerinduannya dan teman-teman, tetapi tetap kecewa kerana tidak dapat melihat Datuk K di balkoni berkenaan.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Aug-2006 11:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Akad Nikah Siti pada 21 Ogos 2006
|
|
Majlis yang dilangsungkan di Masjid Wilayah Persekutuan masih terbayang diruang mata..TQ untuk applegirl, MeG n Arinazzly

|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Aug-2006 16:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk K (versi Utusan M'sia)
|
|
Maaf ya...Lady lambat upload maklumat n pic Siti untuk majlis akad nikah coz Lady balik kampung bercuti...mujurlah maklumat dlm archive online lum expired lagi....
Siti sah jadi isteri Datuk K
Oleh Sadatul Mahiran Rosli dan Wan Syamsul Amly
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Hanya dengan satu lafaz, penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin, 27, hari ini sah menjadi isteri ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd. Jiwa, 47.
Siti Nurhaliza yang bertudung litup dan mengenakan busana anggun kain lace berwarna putih bertatahkan batu pertama rekaan pereka fesyen terkenal Radzuan Razwill, kelihatan tenang sebaik sahaja akad nikah selesai dilafazkan Khalid pada pukul 11.40 pagi di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini.
“Insya-Allah, Siti akan menjadi isteri yang solehah, misali dan taat kepada suami serta pada masa sama menjadi wanita yang mempunyai kerjaya iaitu sebagai anak seni.
“Siti akan cuba membahagikan sebaiknya antara kerjaya dan rumah tangga, malah Datuk Khalid tidak pernah menghalang Siti meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian,’’ katanya pada sidang akhir selepas upacara bersejarah majlis pernikahan pertama artis Malaysia yang disiarkan secara langsung oleh televisyen negara ini.
Khalid turut menyatakan kesyukuran kerana majlis pernikahan tersebut selamat disempurnakan.
“Saya lega dan bersyukur kerana segala-gala telah selesai,’’ katanya dengan ringkas sebelum bergegas meninggalkan masjid.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Nasroddin Mat Daud dengan mas kahwin RM22,222 tunai bersamaan dengan sempurnanya kitab suci al-Quran diturunkan iaitu 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari.
Selesai pembacaan taklik, Khalid menyarungkan cincin emas putih bertatahkan berlian bermata satu ke jari manis Siti Nurhaliza pada majlis membatalkan air sembahyang.
Selepas acara pembatalan air sembahyang, Siti Nurhaliza dua kali memeluk erat dan mencium bapanya Tarudin Ismail yang berbaju Melayu warna hijau sebelum bersalaman dengan ibu dan anggota keluarga lain, diikuti kemudiannya oleh Khalid.
Sebak bercampur gembira di atas pernikahan itu jelas terpancar pada wajah ibu bapa Siti apabila selesai sahaja upacara itu.
Tambah Siti Nurhaliza, pernikahannya hari ini merupakan fasa baru dalam kehidupannya dan insya-Allah beliau dan Khalid akan melayari keharmonian rumahtangganya dengan sabar sehingga ke akhir hayat.
“Ini adalah perkara baru dalam hidup Siti dan Siti berharap dorongan daripada Datuk Khalid serta doa daripada semua,’’ jelasnya.
Kata Siti Nurhaliza, beliau memang agak berdebar semasa dibawa ke Dewan Solat Utama untuk upacara akad nikah.
“Walaupun pada mulanya Siti agak gementar ketika dibawa ke upacara akad nikah, namun dengan berselawat dalam hati, alhamdulillah pernikahan itu berjalan baik dan akad hanya sekali dilafazkan,’’ katanya.
Terdahulu, pada majlis pernikahan itu, anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu menerima tujuh dulang hantaran berkonsepkan tradisional berwarna merah jambu, emas dan krim daripada Khalid yang dinamakan sempena nama lagu popular Siti Nurhaliza Azimat Cinta.
Hantaran itu mengandungi wang hantaran bernilai RM30,000 yang membawa maksud 30 juzuk al-Quran, halwa, kitab al-Quran dan bunga rampai, set permata Chopard, kain lace, beg tangan Louis Vuitton dan seutas jam tangan Roger Dubuis.
Siti Nurhaliza pula membalas hantaran Khalid dengan sembilan dulang berkonsepkan kontemporari berwarna perak dan hijau bertemakan lagunya Sebenar Cinta.
Ia terdiri daripada bunga rampai, kain sampin songket, butang baju Melayu, jam tangan Richard Mille, cincin, kek, tali pinggang beserta dompet, cuff links Louis Vuitton dan sepasang sut.
Siti Nurhaliza janji tunai pesanan ayah
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin, 27, yang selamat diijab kabul dengan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd. Jiwa, 47, hari ini, akan berusaha menunaikan amanat ayahnya, Tarudin Ismail.
Menurut Siti Nurhaliza, hari-hari menjelang perkahwinan, ayahnya kerap memberi nasihat dan amanat dalam melayari rumah tangga untuk memastikan beliau tidak melupakan keluarga walaupun telah dimiliki.
‘‘Kata ayah, Siti harus menjaga maruah sebagai isteri, jaga rumah tangga dengan baik, taat kepada suami dan jangan lupakan keluarga.
‘‘Siti tahu, ayah agak sayu dengan pernikahan ini dan berjanji akan menunaikan amanat yang diberi,’’ katanya pada sidang akhbar selepas majlis pertunangan dan pernikahannya di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Apabila ditanya mengenai sikap ayahnya yang banyak mendiamkan diri ketika ditanya mengenai pernikahan tersebut, beliau menjawab, ayahnya seorang yang sensitif.
‘‘Ayah Siti agak emosional berbanding dengan ibu Siti.
‘‘Walaupun dia seorang anggota polis dan nampak tegas tapi ayah Siti seorang yang paling sensitif.
‘‘Siti faham kerana telah biasa dengan ayah terutama dalam hal berkaitan dengan hari bersejarah, hari penting, seperti hari raya, kami bermaafan dan bersalaman, ayahlah yang pertama akan berasa sayu, inikan pula hal perkahwinan anaknya,’’ katanya.
Menurut Siti Nurhaliza, beliau tidak mahu dipanggil dengan gelaran Datin walaupun telah bersuamikan seorang Datuk.
‘‘Kalau boleh panggillah seperti mana anda kenal Siti dulu iaitu Siti sahaja kecuali kalau diperlukan di majlis protokol, Siti tidak boleh menolak,’’ katanya.
Beliau juga tidak menolak sekiranya dikurniakan anak pada awal perkahwinan.
‘‘Sekiranya ada rezeki awal, Siti tidak menolak kerana Siti suka dengan kanak-kanak dan usia Siti telah sesuai untuk menjadi seorang ibu. Siti menerimanya dengan hati gembira,’’ jelasnya dengan wajah seri seorang pengantin.
Apabila ditanya mengenai selera Khalid pula, Siti Nurhaliza memberitahu, masakan kampung, makanan pedas dan sambal belacan menjadi pilihan.
‘‘Sebenarnya, Siti masih belum berkesempatan menyediakan bermacam-macam lauk kepada Datuk Khalid, cuma Siti pernah memasak gulai tempoyak untuknya dan beliau menggemarinya,’’ katanya.
Beliau memberitahu, Datuk Khalid memahami perjalanan seninya dan mengizinkan beliau untuk meneruskannya.
‘‘Siti juga akan mengurangkan membuat persembahan, jika sebelumnya setiap hari, tapi setelah bergelar isteri, mungkin dua hari sahaja dalam seminggu,’’ katanya.
Ditanya tempat berbulan madu, beliau menjawab: ‘‘Siti belum memutuskannya kerana masih memikirkan tempat mana akan kami tuju kerana tumpuan sekarang hanya kepada majlis perkahwinan dan persandingan.’’
Beliau turut meminta supaya fitnah dan kata-kata negatif memburukkan dirinya dan Khalid dihentikan.
‘‘Memang susah nak hentikan seratus peratus. Cuma Siti harap segala fitnah sudah tidak ada kerana Siti telah bergelar isteri, kalau andaian dan kata-kata orang, Siti tidak boleh halang, cuma Siti berharap tidak keterlaluan sangat,’’ katanya.
Datuk K lega
KUALA LUMPUR 21 Ogos – ‘‘Saya lega kerana segala-galanya sudah selesai,’’ jelas usahawan Datuk Khalid Mohd. Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K selepas majlis pernikahannya dengan penyanyi nombor satu tanah air, Siti Nurhaliza Tarudin di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Datuk K yang kelihatan tenang selepas solat Zohor di masjid itu mengakui tidak akan menyekat kerjaya Siti Nurhaliza selepas perkahwinan mereka.
‘‘Biarlah Siti hendak menyanyi, saya tidak akan menghalangnya,’’ ujar beliau.
Datuk K juga mengakui masih belum memutuskan destinasi yang akan menjadi pilihan mereka berdua untuk berbulan madu.
Ketika ditanya mengenai anak-anak Datuk K yang tidak menghadiri majlis pernikahannya, Datuk K berkata, biarlah mereka bersama ibu mereka yang memilih untuk bercuti di Australia pada masa ini.
Utusan Malaysia sebelum ini pernah menyiarkan laporan anak ketiga Datuk K, Mohd. Ashraf Khalid, 14, yang menyatakan perasaan gembiranya dengan pernikahan bapanya dengan Siti Nurhaliza.
Laporan itu menyatakan keinginan Ashraf mahu menghadiri majlis pernikahan bapanya hari ini.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Aug-2006 12:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Siti @ Pejabat Datuk K
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Aug-2006 15:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Strawberi Cicah Coklat
|
|
Bukan kerana Siti Lady buat benda ni... tapi bila dah terlalu kormesil sgt namanya...tambahan pulak dlm TV ari tu masa Tiada Lagi Rahsia pun ada DK bawak utk tetamu studio... maka Lady pegi la cari juga strawberi n buat lah cicah coklat....
Rasanya... biasa aje...masam lawan ngan manis... tak ler sedap sgt...kalau ikut lidah Lady laa.. tak tau ler pulak kalau org lain terliur
Tataplah...strawberi cicah coklat versi Lady Zuely
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Aug-2006 14:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Siti @ Utusan Malaysia
|
|
Siti bukan punca perceraian saya – Datuk K
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 15 Ogos – “Siti Nurhaliza bukan punca perceraian saya. Kalau bukan Siti pun, saya tetap akan bercerai.”
Begitu luahan Datuk Khalid Muhamad Jiwa yang popular dengan panggilan Datuk K pada majlis bermesra bersama pihak media di Sri Pentas, TV3 hari ini.
“Secara jujurnya, sebagai orang Islam dan dengan nama Allah, hubungan saya dengan Siti bermula selepas perceraian dengan isteri saya. Kalau tidak percaya, boleh rujuk dengan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan),” katanya.
Penjelasan tersebut dibuat bagi menjawab tohmahan sesetengah pihak yang menuduh penyanyi terkenal itu sebagai punca perceraiannya dengan Tengku Zawyah Tengku Izham, 43.
Malah, Datuk K memberitahu rancangan pernikahannya dengan Siti Nurhaliza Tarudin, 27, direstui oleh anak- anaknya.
“Keempat-empat anak saya pernah berjumpa Siti. Mereka bercakap dari hati ke hati. Saya tidak menyertai perjumpaan tersebut tetapi selepas itu tidak seorang pun daripada mereka yang menyatakan bantahan terhadap perkahwinan kami kerana itu saya menganggap mereka merestuinya,” jelas Datuk K.
Pernikahan dan persandingan Siti Nurhaliza dan Datuk K yang bakal berlangsung pada 21 dan 28 Ogos ini hanya akan dihadiri oleh anak ketiga Datuk K, Mohamed Ashraf, 14.
Dua lagi anak Datuk K akan bersama ibu mereka ke Australia untuk melawat anak sulungnya yang belajar di sana.
“Sebenarnya anak-anak ingin hadir pada majlis itu tetapi demi menjaga hati ibu, mereka menemaninya ke Australia,” katanya.
Kepada bekas isteri, pesan Datuk K: “Sabar dan tabah menghadapi ujian ini kerana jodoh dan maut ditentukan Tuhan. Semoga selamat dunia akhirat dan saya akan menolongnya kerana dia merupakan ibu kepada anak-anak saya.”
Menurut Datuk K, dia dan Tengku Zawyah pernah bercerai pada 1998, bagaimanapun tidak sampai tiga bulan, mereka rujuk semula.
Pada 2002 pula, rumah tangga mereka kembali menghadapi masalah menyebabkan penceraian terjadi pada 13 April 2005.
Sementara itu, Siti Nurhaliza yang turut hadir pada majlis itu menyatakan, sejak dari awal dia sudah bersedia menerima tuduhan sebagai perampas suami orang.
“Siti sudah merasakan akan digelar perampas suami orang. Namun Siti banyak bersabar dan mendiamkan diri supaya isu ini tidak menjadi besar,” kata Siti.
Namun, jelasnya, dia pernah berjumpa beberapa kali dengan bekas isteri Datuk K tetapi hubungan mereka tidak begitu rapat.
Bagaimanapun, kata Siti, jauh di hatinya tidak terlintas sedikit pun untuk menggantikan peranan ibu kepada anak-anak Datuk K.
“Siti dengan serendah-rendah hati ingin memohon maaf kalau kenyataan Siti pernah menyinggung mana-mana pihak. Siti cuma memberikan jawapan positif apabila ditanya wartawan tentang kesediaan Siti menerima anak-anak Datuk K selepas berkahwin,” tambahnya.
Siti Nurhaliza yang mendedahkan Datuk K merupakan cinta sejatinya turut menyatakan antara panggilan Datuk K kepada dirinya yang disukai ialah my soulmate.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Aug-2006 03:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Siti Nurhaliza bersama Rafflesia
|
|
Siti, Datuk K pilih koleksi Rafflesia: PASANGAN sensasi Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa mencuba barang kemas di butik Rafflesia The Pearl Centre di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Barang kemas bertatah berlian dan mutiara serta tiara yang bakal diperagakan Siti pada majlis persandingan mereka pada 28 Ogos ini. Pemilik Rafflesia, Sin Chean Loong, berkata set barang kemas itu dipadankan dengan gaun pengantin berwarna krim rekaan Khoon Hooi. - Berita Harian Online -
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Aug-2006 03:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kad Jemputan Siti Nurhaliza
|
|
Cantiknya kad kahwin Siti & Khalid
Oleh Zubir Mohd Yunus
Jemputan perlu membawa kad masuk yang khusus untuk dua orang ke majlis persandingan itu bagi mengelakkan kesesakan dalam dewan
ZUBIR tabik spring kepada penyanyi pujaan ramai Siti Nurhaliza dan bakal suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K kerana mengotakan janji mereka kepada pihak media apabila petang Khamis lalu, Datuk K mengundang Zubir ke pejabatnya di ACE Group of Companies di Mid Valley City untuk mengambil sendiri kad jemputan ke majlis perkahwinan mereka.
Zubir terharu kerana Datuk Khalid sendiri yang menyerahkan dua kad jemputan perkahwinannya iaitu ke majlis pertunangan dan pernikahan Siti-Khalid pada 21 Ogos ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mulai jam 11 pagi dan majlis persanding an pada 28 Ogos di Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Kad ke majlis pertunangan dan pernikahan Siti & Khalid itu berwarna merah jambu dengan tulisan nama mereka berwarna perak. Kadnya nampak simple, tetapi tak jemu mata menatapnya berulang kali. Kad berkenaan disertai dengan kad masuk yang khusus untuk dua jemputan saja.
Zubir diberitahu, kad masuk berkenaan perlu dibawa tetamu ketika hadir ke majlis berkenaan.
Tetapi yang lebih eksklusif, kad jemputan untuk hadir ke majlis Wedding of the Decade itu. Sekali lagi, kad berwarna putih susu itu nampak simple, tetapi tersimpan nilai kemewahannya dengan tulisan nama Siti dan Khalid berwarna perak.
Jemputan perlu membawa kad masuk yang khusus untuk dua orang ke majlis persandingan itu bagi mengelakkan kesesakan di dalam Pusat Konvensyen yang hanya mampu memuatkan kira-kira 2,000 tetamu saja pada satu-satu masa. Zubir difahamkan lagi, untuk mempercepatkan urusan penyemakan nama di meja pendaftaran, pihak Datuk Khalid khabarnya akan menggunakan bar code system, memang canggih!
Walau bagaimanapun Datuk Khalid keberatan memberitahu Zubir senarai VVVIP yang bakal hadir ke majlis persandingannya walaupun sudah pasti barisan tetamu diraja tertera akan berangkat melihat pada susunan acara yang ada dalam kad itu. Pun begitu, Zubir dan warga kerja Bintang Popular ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Siti dan Datuk K!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Aug-2006 15:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Siti @ Cover majalah 2000 - 2001
|
|
TQ sekali lagi AZMIE JB dari SVOA
|
|
|
|
|